Isnin, 6 Julai 2009

SISTEM BUNYI VOKAL DAN KONSONAN BAHASA LUNDAYEH

Ada 6 vokal dalam bahasa Lundayeh yang telah dikenal pasti iaitu tiga vokal depan, satu vokal tengah dan dua vokal belakang. Kajian Asmah Hj Omar (1985:45) juga mendapati 6 vokal dalam bahasa Lundayeh. Nampaknya vokal bahasa Lundayeh sama dengan vokal asli bahasa Melayu iaitu, vokal /a/, /i/, /o/, /u/, /e/ dan /ә/.

Contoh:
[a:r] ‘pagar’
[palad] ‘tapak tangan’
[mәtaga] ‘cantik’
[idan] ‘bila’
[sikәl] ‘ingin/mahu’
[buri’] ‘percakapan’
[o:r] ‘jawapan’
[to:d] ‘pin baju’
[payo] ‘rusa’
[udan] ‘hujan’
[surud] ‘bukit’
[әbu] ‘kura-kura’
[e:t] ‘penyakit’
[mәkel] ‘rajin’
[mãle] ‘murah’
[әmũŋ] ‘semua’
[nãlәm] ‘semalam’

Dalam bahasa Lundayeh juga, terdapat 19 konsonan asli yang terdiri daripada 7 konsonan letupan (plosif), 2 konsonan letusan (afrikat), 3 konsonan geseran (frikatif), 1 konsonan getaran, 1 konsonan sisian (lateral), 3 konsonan sengauan (nasal), dan 2 konsonan separuh vokal (semi-vowel). Konsonan Bahasa Lundayeh terdiri daripada /b,d,g,p,t,k,?,j,č,m,n,ŋ,f,s,h,r,l,w,y/.
Beberapa contoh posisi huruf konsonan dalam perkataan bahasa Lundayeh seperti berikut:
ba’ [ba?] ‘sawah’ ; laba [laba] ‘berlalu’ ; tengeb [tәŋәb] ‘tebing’
pian [pian] ‘ingin’ ; nupi [nũpi] ‘mimpi’ ; petap [pәtap] ‘cukup’
dalan [dalan] ‘jalan’ ; tudo [tudo] ‘duduk’ ; ilad [ilad] ‘sayap’
terawé [tәrawe] ‘ingatan’ ; keted [kәtәd] ‘belakang’ ; nginét [ŋĩnẽt] ‘tunggu’
gayam [gayam] ‘mesyuarat’ ; pagau [pagau] ‘katil’ ; eleg [әlәg] ‘jangan’
kiung [kiuŋ] ‘wajah’ ; kikeb [kikәb] ‘ditutup’ ; naluk [nãlu?] ‘berbohong’
mitung [mĩtuŋ] ‘melontar’ ; kuman [kumãn] ‘makan’ ; malem [mãlәm] ‘malam’
neten [nәtәn] ‘menyebut’ ; bunu’ [bunũ?] ‘musuh’ ; beken [bәkәn] ‘lain’
ngeruat [ŋәruat] ‘keluarkan’ ; penguit [pәŋũit] ‘pembawa’ ; pulung [puluŋ] ‘hutan’
suit [suit] ‘burung’ ; mesaget [mәsagәt] ‘cepat’ ; jabas [jabas] ‘jambu batu’
repet [rәpәt] ‘harapan’ ; rurum [rurum] ‘kawan’ ; dapar [dapar] ‘telapak kaki’
lawid [lawid] ‘ikan’ ; lalud [lalud] ‘kuasa’ ; tekul [tәkul] ‘sudu’
wé [we] ‘rotan’ ; mawang [mãwaŋ] ‘gembira’ ; kerubaw [kәrubaw] ‘kerbau’
yeh [yəh] ‘dia’ ; rayeh [rayəh] ‘besar’
ju’ [ju?] ‘mandi’
acang [ačaŋ] ‘cahaya’

Sebagai rumusan, penulis mendapati bahawa bahasa Lundayeh tidak memiliki konsonan /q/, /v/, /x/ dan /z/. Konsonan ini hanya wujud dalam kata pinjaman sama ada daripada Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris. Dalam perbincangan berikutnya, penulis akan menjelaskan kehadiran diftong dalam bahasa Lundayeh.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.